A-PENGENALAN

PENGENALAN:
Akademi Bahasa Arab adalah satu akademi di bawah kelolaan Darul Imtiyaz Resources. Ia ditubuhkan untuk menyelaraskan semua bentuk program, projek dan kajian berkaitan dengan Bahasa Arab. Ia juga ditubuhkan selaras dengan tuntutan keperluan semasa yang secara umumnya menuntut pengajian Bahasa Arab, bahan-bahan bantuan dan edaran hendaklah diperkembangkan dan dimajukan selaras dengan peningkatan minat dikalangan umat Islam di Malaysia mempelajari Bahasa Arab. Sekarang ini seramai lebih 100 orang peserta sedang mengikuti Program Perbualan Bahasa Arab bermula dengan tahap 1 hingga ke tahap 6 dan telah ribuan pelajar-pelajar sekolah dari seluruh negara telah menyertai program-program yang telah dianjurkan oleh Akademi Bahasa Arab.

OBJEKTIF AKADEMI BAHASA ARAB

1. Merealisasikan objektif, misi dan visi Darul Imtiyaz Resources khususnya dalam bidang pengajian Bahasa Arab sebagai bahasa umat Islam; perbualan, ibadat, pendidikan, perniagaan dan kehidupan dunia serta akhirat.
2. Berusaha ke arah meningkatkan kemahiran dan penguasaan Bahasa Arab dikalangan semua lapisan masyarakat.
3. Membuat kajian dan modul-modul sukatan pengajian yang bersesuaian dengan masyarakat sebagai satu alternatif bagi mereka mempelajari Bahasa Arab.
4. Menganjur dan menyelaras semua program Bahasa Arab secara lebih teratur dan berkesan.
5. Berusaha untuk membangkitkan kesedaran dalam masyarakat dan cuba membudayakan Bahasa Arab dalam kehidupan mereka sebagai satu bahasa umat Islam dan bahasa komunikasi harian mereka.
6. Bekerjasama dengan pertubuhan dan organisasi Islam lain dalam menganjurkan program-program dan aktiviti-aktiviti Bahasa Arab.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: