APA KATA MEREKA

SEMOGA KITA SEPERTI MEREKA

Akademi Bahasa Arab Darul Imtiyaz Resources tahun ini menyaksikan seramai 11 orang pelajar telah menamatkan pengajian.  Mereka ialah:

Dr Mohd Ramdzan Md Jamil, En Othman Bin Dasil, En. Che Othman@Malek Bin Che Mansoor, En Nasir Bin Daud, Puan Sarah Bt Sulaiman, Puan Sharifah Junidah Bt Syed Omar, En. Idris Abdul Rauf, Puan Zahidah Binte Haji Ismail, Cik Noor Idayu Binti Mhd Tahir, Dr Rusnah Binti Hasan, dan Pak Atan(Dato’ Haji Atan Abu Bakar). 

Pihak kami mengucapkan SYABAS kepada mereka di atas perjuangan mereka mempelajari Bahasa Arab Bahasa  Al-Qur’an bermula dari tahap 1 sehingga tahap 6.   Bukan mudah sebenarnya  untuk istiqamah seperti mereka.  Kesibukan dengan tugas-tugas harian tidak menghalang mereka untuk mendalami Bahasa Al-Qur’an.  Dr Mohd Ramdzan Md Jamil sebagai contohnya walaupun sibuk dengan tugas sebagai seorang doktor pakar bius di Hospital Serdang tidak menjadikannya alasan untuk tidak mengikuti dan mempelajari Bahasa Arab.  Begitu juga Dr Rusnah Binti Hasan, seorang doktor pakar mata dari hospital yang sama begitu sabar dan bersemangat sehingga dapat menamatkan kelas pengajian Bahasa Al-Quran tersebut. 

Usia juga bukan penghalang untuk seseorang mempelajari Bahasa Arab.  Lihatlah Puan Sarah Sulaiman yang umurnya sekarang sudah mencecah 60-an tetapi tetap teguh sehingga beliau dapat menguasai Bahasa Arab dan antara pelajar terbaik dalam kelas.  Beliau yang juga ibu kepada bekas Personaliti TV3 terkenal amat rajin. tekun, istiqamah dan berminat menguasai Bahasa Al-Quran bermula dari tahap 1 sehingga tahap 6.  Mengikut pendapatnya: Kelas Bahasa Arab Komunikasi anjuran Akademi Bahasa Arab Darul Imtiyaz R’ces adalah kelas terbaik yang pernah beliau ikuti.

Pelajar-pelajar lain juga tidak kurangnya hebatnya.  Tahniah sekali lagi kepada mereka.  Semoga Allah mencatat nama mereka antara hambaNya yang telah berusaha mengusai Bahasa Al-Quran.  Pihak kami berdoa agar mereka  dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dan diredhai Allah ta’ala.  Kepada anda semua yang belum mempelajari Bahasa Arab, jadilah dan contohilah mereka

JOM BELAJAR BAHASA ARAB, DAFTAR, SILA KLIK

ANTARA KOMENTAR PESERTA PROGRAM ANJURAN AKADEMI B ARAB DARUL IMTIYAZ RESOURCES

 1) Komen Dari: Ayu Shahira Abd Razak, SMKA Simpang Lima, K Selangor.

Best…Tak seperti yang dijangka”Indah Rupa Dari Khabar”.  Datang Simpang Lima lagi

Pengurusan program bagus, one of the best program yang saya pernah pergi..dtg kat Simpang 5 lagi.

2) Komen Dari: Kamarul Ariffin Abd Rahman, SMK Segambut Jaya, K Lumpur.

Bagus. Darul Imtiyaz memang bagus.  Tapi cuba tambah lebih matapelajaran selain Bahasa Arab.  Teruskan amar ma’ruf, nahi mungkar !!!.

3) Komen Dari: Muhammad Ashraf Bin Zulkifli, SMK Segambut Jaya, K Lumpur.

Semoga program ini akan diteruskan pada tahun akan datang !!  Syabas Darul Imtiyaz Resources.

4) Komen Dari: Muhammad Shafiq Fahmi Bin Muhammad, SMKA Simpang Lima, K Selangor.

Secara Ringkasnya, Darul Imtiyaz memang telah mempertingkatkan prestasi saya dalam Bahasa Arab.

5) Komen Dari: Muhammad Hakim B Zainal Abidin, SMK Segambut Jaya, K Lumpur

Kem ini wajar diadakan pada setiap pelajar form 3 yang mengambil aliran agama di mana terdapat Bahasa Arab. Kem ini bagus dan tenaga pengajarya juga berbakat dan berpengalaman.

6) Komen Dari: Muhammad Saufi Hakimi B Shamsuri, SMK Pandan Indah, K Lumpur

Program ini memberi keyakinan untuk saya mendapat “A” dalam Bahasa Arab.

7) Komen Dari: Muhammad Shatir Bin Omar, SMK Segambut Jaya, K Lumpur

Saya amat berpuas hati dengan semua tunjuk ajar serta pengajaran yang berlaku sepanjang kem ini dan saya berharap mendapat “A” dalam Bahasa Arab seterusnya menepati hajat saya iaitu 9A1. 

8 ) Komen Dari: Nur Atikah BinKhazar, SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, S’gor.

Sangat bagus.  Adakan lagi bengkel-bengkel untuk matapelajaran lain.  Saya akan hadiri kalau ada bengkel untuk subjek lain.

9) Komen Dari: Nurul Jannah Bin Samsudin, SMKA Simpang Lima, K Selangor.

Saya suka akan motivasi yang dijalankan kerana ia dapat menaikkan semangat saya untuk mencapai 9A1 dalam PMR dan menyambung pelajaran dalam bidang Bahasa Arab.

10) Komen Dari: Puteri Syahiraton Nabila Bt Ali As’ad, SMKA Simpang Lima, K Selangor. 

Amat baik.  Saya semakin yakin untuk mencapai “A”  dalam Bahasa Arab secara tidak langsung untuk mendapat 9 A PMR.

11) Komen Dari: Radhiah Dahaya Ibrahim, SAM Hulu Langat, Batu 10(SAM10), Selangor.

Bengkel ini telah menanamkan minat saya terhadap Bahasa Arab Tinggi.  Bengkel ini perlu diadakan lagi.

12) Komen Dari: Shukhairi Akmal, SMK Clifford, K Lipis, Pahang.

Seminar ini amat membantu saya untuk saya menyelesaikan perkara yang saya tidak tahu selama ini.

13) Komen Dari: Siti Nor Hamimi Suhaimi, SMKA Simpang Lima, K Selangor.

Darul Imtiyaz perlu perkembangkan lagi promosi… Darul Imtiyaz sangat menyeronokkan, tak ada program Bahasa Arab yang best macam ni…

14) Komen Dari: Syed Aminuddin Bin Mohamed, SMKA Simpang Lima, Selangor.

Kem ini dapat memberi kesedaran kepada saya dalam Bahasa Arab dan dapat memberi semangat kepada saya untuk mempelajari Bahasa Arab dengan lebih mendalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: