MUKHAYYAM ARABIY 2008

MUKHAYYAM ARABIY 2008
(Kem Bahasa Arab 2008)

Program Bahasa Arab jarang diadakan kerana ia agak mencabar dan memerlukan kepada pengisian-pengisian yang boleh menanam minat dan tidak menjemukan peserta. Di samping itu, penceramah, guru pakar, pengendali bengkel dan fasilitator amat sukar didapati apatahlagi jika program menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya.

Walau apapun cabaran di hadapan, satu Mukhayyam Arabiy Bahasa Arab 2008(Kem Bahasa Arab 2008) berjaya diadakan selama 2 hari satu malam. Program yang melibatkan 70 orang peserta yang mewakili sekolah-sekolah menengah terpilih sekitar Kuala Lumpur dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan kerjasama Darul Imtiyaz Resources, Bangi. Program diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 1 hingga 2 November 2008.

Matlamat kem ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar teknik-teknik kecemerlangan dan cabaran dalam subjek Bahasa Arab, memberi motivasi kepada pelajar untuk mempelajari dan mendalami Bahasa Arab, menyedarkan para pelajar tentang prospek Bahasa Arab dan kepentingannya dalam kehidupan mereka, dan memberi peluang kepada pelajar berbincang & berinteraksi secara langsung dengan guru pakar tentang kemahiran-kemahiran dan tips-tips untuk cemerlang dalam subjek Bahasa Arab.

Kem bermula dengan Ceramah Motivasi Bahasa Arab di sampaikan oleh Dr Mohd Belghit, seorang pensyarah UKM dan berpengalaman selama 20 tahun dalam pengajaran Bahasa Arab dan menguasai 5 bahasa termasuk Bahasa Melayu. Ceramah ini dapat menyedarkan peserta tentang kepentingan bahasa Arab dalam kehidupan mereka beragama dan bermasyarakat. Disamping itu dapat menjawab persoalanan peserta kenapa mereka perlu belajar Bahasa Arab dan cara-cara untuk menguasai Bahasa Arab.

Antara pengisian lain ialah: Bengkel Induksi Bahasa Arab yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

Bengkel Induksi 1: Penguasaan Kosa Kata Bahasa Arab & Slot Kamus Al-Imtiyaz.
Bengkel Induksi 2: Kemahiran Membuat Ayat.

Bengkel tersebut diadakan untuk menerap dan melatih peserta dengan kemahiran-kemahiran yang penting dalam subjek Bahasa Arab. Pelbagai kemahiran menghafal didedahkan kepada peserta seperti kemahiran menghafal menggunakan suara, kemahiran menghafal menggunakan huruf & makna dan kemahiran menghafal menggunakan lagu. Konsep membina ayat juga diketengahkan kepada pelajar agar mereka dengan mudah dapat membina ayat-ayat Bahasa Arab. Bengkel Induksi ini dikendalikan oleh dua orang yang berpengalaman iaitu Ustazah Ainon Binti Wazir dari Institut Perguruan Islam Bangi dan Ustazah Norhayati Adni dari SMK Sungai Pusu. Para peserta dibekalkan dengan Kamus Al-Imtiyaz, satu kamus khas untuk rujukan dan bahan hafalan peserta.

Untuk memberi pendedahan awal tips-tips menjawab soalan kertas Bahasa Arab dan memberi taklimat ringkas tentang bentuk-bentuk soalan satu slot ceramah bersama guru pakar diadakan. Ceramah tersebut antara lain juga menerangkan noktah-noktah penting untuk cemerlang dalam subjek Bahasa Arab.

Program permainan Bahasa Arab turut diperkenalkan dalam slot khas yang dinamakan Malam Bahasa. Disamping untuk menguji kecekapan peserta dalam menguasai Bahasa Arab, permainan ini juga bertujuan memupuk dan membentuk kerjasama antara ahli kumpulan dan mempelbagaikan teknik mempelajari Bahasa Arab.

Peserta juga turut mengikuti slot Latihan Dalam Kumpulan(LDK) yang bermatlamat melatih peserta menyelesaikan latihan secara berkumpulan, dan membentuk kerjasama antara ahli kumpulan dan saling membantu antara mereka. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan supaya dikomen dan diambil manfaat oleh ahli kumpulan yang lain.

Setelah 2 hari 1 malam mengikuti program, program Mukhayyam Arabiy berakhir dengan perasmian penutup oleh En. Azman B. Yusof, Ketua Unit SPI, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Ucapan dari wakil Darul Imtiyaz Resources Ustaz Mohd Nadzmaimi Nadzir dan pembahagian hadiah kepada kumpulan terbaik, peserta mithali dan pembahagian cenderahati. Bagi yang berminat untuk mengadakan kem dan program-program Bahasa Arab, Darul Imtiyaz Resources membuka peluang kepada anda menyertai dengan menghubungi no 012-9637287.

Klip Video Program

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: