SILA LAWATI BLOG: http://dimtiyaz/blogspot.com/ Untuk Berita Terkini

February 20, 2009

Sila LAWATI BLOG: http://dimtiyaz.blogspot.com untuk mengetahui berita dan program-program terkini Bahasa Arab dan alin-lain.


KELAS BAHASA ARAB KOMUNIKASI DIBUKA SEKARANG

January 3, 2009

KELAS BAHASA ARAB KOMUNIKASI DIBUKA SEKARANG

KELAS BAHASA ARAB PERBUALAN(KOMUNIKASI)

Bagi mereka yang berminat belajar Bahasa Arab dan mahu bercakap Arab, Akademi Bahasa Arab, Darul Imtiyaz Resources menjemput anda menyertai kelas-kelas berikut:

1)BAHASA ARAB PERBUALAN(KOMUNIKASI) TAHAP 1 & 2.

Kelas dibuka untuk pendaftaran :

Setiap hari Sabtu, kelas pukul 9pagi hingga 10.30pagi. Bermula pada 24 Januari 2009.

Bagi mereka yang sudah belajar Bahasa Arab dan sudah mengetahui sedikit sebanyak tentang Bahasa Arab, boleh menyertai kelas di bawah:

a) Kelas Bahasa Arab Perbualan Tahap 2 pada setiap hari Sabtu, pukul 11pagi hingga 12.30tgh bermula pada 17 Januari 2009
b) Kelas Bahasa Arab Perbualan Tahap 2 pada setiap hari selasa, malam selepas Isyak bermula pada 20 Januari 2009.

Makluman: Kelas Bahasa Arab Tahap 4 dan 5 akan dibuka dalam masa terdekat. Harap tunggu jadual-jadualnya yang akan diumumkan.

Tempat Kelas : Semua program Bahasa Arab di atas bertempat di Bilik Sumber, Masjid Al-Hasanah(Masjid Jamek Bandar Baru Bangi), berhadapan dengan Pusat Rawatan Islam An-Nor dan Az-Zahrah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tarikh tutup pendaftaran ialah sebelum tarikh program bermula.

Penyertaan Kelas Bahasa Arab komunikasi terhad kepada 16 peserta sahaja.

DAFTAR SEGERA SEMENTARA TEMPAT MASIH ADA.
Pendaftaran, sila klik di sini .


MUKHAYYAM ARABIY 2008

November 4, 2008
MUKHAYYAM ARABIY 2008
(Kem Bahasa Arab 2008)

Program Bahasa Arab jarang diadakan kerana ia agak mencabar dan memerlukan kepada pengisian-pengisian yang boleh menanam minat dan tidak menjemukan peserta. Di samping itu, penceramah, guru pakar, pengendali bengkel dan fasilitator amat sukar didapati apatahlagi jika program menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya.

Walau apapun cabaran di hadapan, satu Mukhayyam Arabiy Bahasa Arab 2008(Kem Bahasa Arab 2008) berjaya diadakan selama 2 hari satu malam. Program yang melibatkan 70 orang peserta yang mewakili sekolah-sekolah menengah terpilih sekitar Kuala Lumpur dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan kerjasama Darul Imtiyaz Resources, Bangi. Program diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 1 hingga 2 November 2008.

Matlamat kem ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar teknik-teknik kecemerlangan dan cabaran dalam subjek Bahasa Arab, memberi motivasi kepada pelajar untuk mempelajari dan mendalami Bahasa Arab, menyedarkan para pelajar tentang prospek Bahasa Arab dan kepentingannya dalam kehidupan mereka, dan memberi peluang kepada pelajar berbincang & berinteraksi secara langsung dengan guru pakar tentang kemahiran-kemahiran dan tips-tips untuk cemerlang dalam subjek Bahasa Arab.

Kem bermula dengan Ceramah Motivasi Bahasa Arab di sampaikan oleh Dr Mohd Belghit, seorang pensyarah UKM dan berpengalaman selama 20 tahun dalam pengajaran Bahasa Arab dan menguasai 5 bahasa termasuk Bahasa Melayu. Ceramah ini dapat menyedarkan peserta tentang kepentingan bahasa Arab dalam kehidupan mereka beragama dan bermasyarakat. Disamping itu dapat menjawab persoalanan peserta kenapa mereka perlu belajar Bahasa Arab dan cara-cara untuk menguasai Bahasa Arab.

Antara pengisian lain ialah: Bengkel Induksi Bahasa Arab yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

Bengkel Induksi 1: Penguasaan Kosa Kata Bahasa Arab & Slot Kamus Al-Imtiyaz.
Bengkel Induksi 2: Kemahiran Membuat Ayat.

Bengkel tersebut diadakan untuk menerap dan melatih peserta dengan kemahiran-kemahiran yang penting dalam subjek Bahasa Arab. Pelbagai kemahiran menghafal didedahkan kepada peserta seperti kemahiran menghafal menggunakan suara, kemahiran menghafal menggunakan huruf & makna dan kemahiran menghafal menggunakan lagu. Konsep membina ayat juga diketengahkan kepada pelajar agar mereka dengan mudah dapat membina ayat-ayat Bahasa Arab. Bengkel Induksi ini dikendalikan oleh dua orang yang berpengalaman iaitu Ustazah Ainon Binti Wazir dari Institut Perguruan Islam Bangi dan Ustazah Norhayati Adni dari SMK Sungai Pusu. Para peserta dibekalkan dengan Kamus Al-Imtiyaz, satu kamus khas untuk rujukan dan bahan hafalan peserta.

Untuk memberi pendedahan awal tips-tips menjawab soalan kertas Bahasa Arab dan memberi taklimat ringkas tentang bentuk-bentuk soalan satu slot ceramah bersama guru pakar diadakan. Ceramah tersebut antara lain juga menerangkan noktah-noktah penting untuk cemerlang dalam subjek Bahasa Arab.

Program permainan Bahasa Arab turut diperkenalkan dalam slot khas yang dinamakan Malam Bahasa. Disamping untuk menguji kecekapan peserta dalam menguasai Bahasa Arab, permainan ini juga bertujuan memupuk dan membentuk kerjasama antara ahli kumpulan dan mempelbagaikan teknik mempelajari Bahasa Arab.

Peserta juga turut mengikuti slot Latihan Dalam Kumpulan(LDK) yang bermatlamat melatih peserta menyelesaikan latihan secara berkumpulan, dan membentuk kerjasama antara ahli kumpulan dan saling membantu antara mereka. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan supaya dikomen dan diambil manfaat oleh ahli kumpulan yang lain.

Setelah 2 hari 1 malam mengikuti program, program Mukhayyam Arabiy berakhir dengan perasmian penutup oleh En. Azman B. Yusof, Ketua Unit SPI, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Ucapan dari wakil Darul Imtiyaz Resources Ustaz Mohd Nadzmaimi Nadzir dan pembahagian hadiah kepada kumpulan terbaik, peserta mithali dan pembahagian cenderahati. Bagi yang berminat untuk mengadakan kem dan program-program Bahasa Arab, Darul Imtiyaz Resources membuka peluang kepada anda menyertai dengan menghubungi no 012-9637287.

Klip Video Program

INFO: ANTARA PROGRAM-PROGRAM AKADEMI BAHASA ARAB DARUL IMTIYAZ RESOURCES TERDEKAT

October 22, 2008

1) Kelas Bahasa Arab Perbualan Umum

– Kelas Bahasa Arab Perbualan Tahap 1- Hari Sabtu, Waktu: 11.00pagi hingga 12.30 tgh bermula 25 Oktber 2008 – 13 Disember 2008

- Kelas Bahasa Arab Perbualan Tahap 1-Hari Selasa, Waktu: Malam selepas Isyak bermula 28 Oktober 2008 – 23 Disember 20082)

- Kelas Bahasa Arab Perbualan Tahap 3- Hari Rabu, Waktu: Malam selepas Isyak bermula 22 Oktober 2008 – 17 Disember 2008.

-Kelas Bahasa Arab Perbualan Tahap 3, Hari Selasa, waktu: 9.00 hingga 10.30pagi bermula 21 Oktober 2008 – 16 Disember 2008.

- Kelas Bahasa Arab Perbualan Tahap 4- Hari Isnin, waktu: Malam selepas Isyak bermula 20 Oktober 2008 – 15 Disember 2008.

2) Kelas Intensif Bahasa Arab Perbualan Cuti Sekolah

– Kelas pelajar berumur 10 hingga 12 tahun. Waktu: 8.00pagi hingga 10 pagi.Hari: Setiap hari Isnin, Rabu & Khamis.Tarikh: 17 Nov hingga 18 Dis 2008.

- Kelas pelajar berumur 13 hingga 15 tahunWaktu: 11pagi hingga 1.00tghariHari: Setiap hari Isnin, Rabu & Khamis.Tarikh: 17 Nov hingga 18 Dis 2008

3) Program Bahasa Arab Peperiksaan

Kem Induksi Bahasa Arab Komunikasi PMR. Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan. Anjuran bersama: Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan, K. Lumpur. Tarikh: 1-2 Nov 2008(Sabtu & Ahad)

- Program Motivasi & Induksi Bahasa Arab Komunikasi PMR. Tempat: Sekolah Menengah Sri Bintang, Kuala Lumpur. Anjuran bersama SMK Sri Bintang, KL. Tarikh: 8 Nov 2008(Sabtu)

- Program Motivasi & Induksi Bahasa Arab Tinggi SPM. TempatL SMK Sri Bintang, KL. Anjuran bersama: SMK Sri Bintang, KL. Tarikh: 8 Nov 2008(Sabtu)

JOM BERCAKAP ARAB & FAHAM QUR’AN

KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB PERBUALAN CUTI SEKOLAH SESI 2008

October 22, 2008

Bagi muslimin dan muslimat yang mahu mengisi masa cuti anak-anak mereka dengan belajar Bahasa Arab, Akademi Bahasa Arab , Darul Imtiyaz Resources menganjurkan Kursus Intensif Bahasa Arab Perbualan Sempena Cuti Sekolah 2008. Maklumat kelas adalah seperti berikut:

Pengisian: Belajar bercakap Arab, belajar kaedah-kaedah Bahasa Arab mudah, terjemahan ayat-ayat lazim, hafalan, bengkel amali dll.

TEMPAT:
Bilik Sumber, Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, depan Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah dan Hospital An-Nur Hasanah.

SASARAN PESERTA:
Pelajar sekolah(lelaki dan perempuan) yang dapat membaca Al-Qur’an berumur 10 hingga 15 tahun. Pelajar-pelajar yang tak tahu langsung bahasa Arab juga boleh menyertai.

MAKLUMAT KELAS:
Dua kelas dibuka seperti berikut:

1) Kelas pelajar berumur 10 hingga 12 tahun.
Waktu: 8.00pagi hingga 10 pagi.
Hari: Setiap hari Isnin, Rabu & Khamis.
Tarikh: 17 Nov hingga 18 Dis 2008.

2) Kelas pelajar berumur 13 hingga 15 tahun
Waktu: 11pagi hingga 1.00tghari
Hari: Setiap hari Isnin, Rabu & Khamis.
Tarikh: 17 Nov hingga 18 Dis 2008

BILANGAN PESERTA:
Terhad kepada 16 orang peserta sahaja setiap kelas.

YURAN:
RM180 (Nota lengkap kursus, fail, pen, kertas, buku tulis, dan minuman dan makanan ringan).

PENDAFTARAN:
Bagi yang berminat boleh hubungi atau sms nama anak(peserta) dan umur ke no 012 963 7287(U Nadzmi). DAFTAR SEGERA SEMENTARA TEMPAT MASIH ADA. Pendaftaran on line, sila klik di sini

Kami akan berusaha memastikan anak dapat bercakap asas-asas Bahasa Arab dan memahami asas-asas ayat-ayat Qur’an yang lazim.

JOM BERCAKAP ARAB & FAHAM QUR’AN

MAKLUMAN TERKINI KELAS BAHASA ARAB PERBUALAN

October 9, 2008

MAKLUMAN TERKINI KELAS BAHASA ARAB PERBUALAN

Makluman kepada semua pelajar, kelas Bahasa Arab Perbualan yang akan diadakan dalam masa terdekat ialah seperti berikut:

1) Kelas Bahasa Arab Perbualan Tahap 1
– Hari Sabtu, Waktu: 11.00pagi hingga 12.30 tgh bermula 25 Oktber 2008 – 13 Disember 2008
– Hari Selasa, Waktu: Malam selepas Isyak bermula 28 Oktober 2008 – 23 Disember 2008

2) Kelas Bahasa Arab Perbualan Tahap 3
– Hari Rabu, Waktu: Malam selepas Isyak bermula 22 Oktober 2008 – 17 Disember 2008.

3) Kelas Bahasa Arab Perbualan Tahap 4
– Hari Isnin, waktu: Malam selepas Isyak bermula 20 Oktober 2008 – 15 Disember 2008.

Nota: Kelas Bahasa Arab Perbualan Tahap 3 di IKBN, Dusun Tua dan Tahap 1 terbaru akan dimaklumkan nanti. Sebarang pertanyaan hubungi 012-9637287(Ustaz Nadzmi)


IKLAN: KELAS BAHASA ARAB TERBARU DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN

September 19, 2008

Bagi mereka yang berminat belajar Bahasa Arab, pihak kami menjemput anda menyertai program-program berikut:

1)BAHASA ARAB PERBUALAN(KOMUNIKASI) TAHAP 1.  Sebanyak 3 kelas dibuka pendaftaran iaitu:  

a)  Setiap hari Sabtu, kelas pukul 9pagi hingga 10.30pagi

Bermula pada 25 Oktober 2008.

b)  Setiap hari Sabtu, kelas pukul 5ptg hingga 6.30ptg

Bermula pada 18 Oktober 2008.

c)  Setiap malam Selasa selepas Isyak hingga pukul 10.30malam

Bermula pada 22 Oktober 2008.

Bagi mereka yang sudah belajar Bahasa Arab dan sudah mengetahui sedikit sebanyak tentang Bahasa Arab, boleh menyertai kelas-kelas berikut:

a)  Kelas B Arab Perbualan Tahap 4 pada setiap hari Isnin,

bermula selepas Isyak hingga 10.30malam.  Bermula pada 13 Oktober 2008.

b)  Kelas B Arab Perbualan  Tahap 3 pada setiap hari Rabu malam selepas  Isyak hingga 10.30malam

Bermula pada 15 Oktober 2008

c)  Kelas B Arab Perbualan  Tahap 3 pada setiap hari Sabtu, pukul 11.30pagi hingga 1.00tghari

Bermula pada 18 Oktober 2008

Yuran: RM100(2 bulan, satu kali seminggu x 1j 30 minit) termasuk file dan isinya, serta nota-nota pengajian.

Tarikh tutup pendaftaran ialah sebelum tarikh program bermula.  Pendaftaran, sila klik di sini.

2)  KELAS KHAS BAHASA ARAB UNTUK BAKAL HAJI.

Kelas khas Bahasa Arab untuk bakal haji membuat persediaan untuk mengerjakan haji di Mekah dan sekitarnya.  Peserta akan belajar dialog-dialog Bahasa Arab yang mudah yang dapat membantunya apabila berada di Mekah nanti, Bahasa Arab Saudi Mekah(bahasa pasar), memahami doa-doa semasa mengerjakan haji dan lain-lain pengisian.

Maklumat Kelas: Kelas akan diadakan sebanyak 4 kali sahaja selama 2 jam setiap  kali kelas(satu kali seminggu selama sebulan)

Waktu & Hari:  

a)  Setiap hari Sabtu pukul 9pagi hingga 11pagi.  Bermula 25 Oktober 2008.                    

b)  Setiap hari Ahad pukul 9 pagi hingga 11pagi.  Bermula 26 Oktober 2008                 

c)  Setiap hari Khamis selepas isyak hingga 11malam.  Bermula 30 Oktober 2008

Yuran: RM50termasuk file dan isinya, serta nota-nota pengajian.

Tempat: Semua program Bahasa Arab di atas bertempat di

Bilik Sumber, Masjid Al-Hasanah(Masjid Jamek Bandar Baru Bangi), berhadapan dengan Pusat Rawatan Islam An-Nor dan Az-Zahrah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tarikh tutup pendaftaran ialah sebelum tarikh program bermula.  Penyertaan Kelas Bahasa Arab Komunikasi terhad kepada 16 peserta sahaja dan Kelas Khas Bahasa Arab Untuk Bakal Haji terhad kepada 30peserta sahaja. 

DAFTAR SEGERA SEMENTARA TEMPAT MASIH ADA.  Pendaftaran, sila klik di sini.

                                           ********************


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.